Tuesday, 16 July 2013

Juadah berbuka 6 & 7 Ramadhan

Alhamdulillah..walaupon lately badan cepat penat dan lepas berbuka puasa je lembik jadinya..masih kuat lagi utk masak juadah berbuka..bukan dipaksa,bukan terpaksa..tapi tekak ni teringin nk mkn sendiri masak buat masa ni..

Day 6 : Daging Black Pepper, PakChoy Oyster dan sambal tempoyak bilis


Daging Black Pepper
==============
Daging dipotong bersih - agak2 la yer kuantiti
Bawang merah - 1 ulas*
Bawang putih - 2 ulas*
Halia - 1/2 inci*
Sos Black Pepper - 3 sudu besar
Sos Tiram - 1 sudu besar
Kicap Masin - 1 sudu besar
Biji Lada Hitam - 1 sudu kecil
Bawang besar dipotong bulat
sedikit air
garam secukup rasa
-> tumbuk bahan yg ditanda *.tumis bahan yg ditumbuk dengan sedikit minyak.masukkan daging sehingga kering sket air daging.masukkan sos black pepper,sos tiram,kicap masin dan sedikit air. masukkan garam secukup rasa. masukkan bawang besar dan biji lada hitam.kacau rata.tutup api.siap masak.

*Pakchoy tu simple je, tumis bawang putih.masukkan fish cake.masukkan sayur then oyster sauce sket.siap.

Day 7 : Cencaru Panggang, Kobis Masak Lemak, Sambal Tumis Telur dan Sambal cili kicap


Cencaru Panggang
============
-> Garam kunyitkan ikan.biar kejap.panggang dalam pemanggang ajaib sehingga masak.siap.hehe

Kobis Masak Lemak
==============
Kobis
Carrot
Brokoli
Lada Benggala
Telur - 1 biji
Santan - 1 kotak ayam brand
Air secukupnya
Garam
Bawang merah - 1 ulas
Bawang putih - 1 ulas
-> masukkan santan dalam periuk.didihkan sekejap.masukkan bawang merah dan putih.masukkan air secukupnya. masukkan kesemua sayur. biar layu sket. masukkan garam dan telur. hingga telur masak,tutup api.siap masak.

Sambal Tumis Telur
=============
-> sambal tumis kosong yg I buat stok menyambut puasa ritu..panaskan saje dan letak kat telur goreng.siap.

No comments:

Post a Comment