Thursday, 18 June 2015

Menu berbuka puasa day 1

Assalamualaikum..alhamdulillah..sepanjang bulan puasa ni I masuk keja 7.30pg-4.30ptg..sbb nk smpi umah awal..nak masak..mcm smlm, smpi umah 5.30ptg, mandi solat asar, cebok beyak kakak tecik tuh, abg adik nak susu lg..6ptg baru ke dapur..menu kene pikir sesiap dan yg simple saje..tips nya mudah, masa sahur, dah siangkan sayur bawang bagai..so,blk ptg camni de-fros je ikan tu..masak nasi, campak2 la apa yg kita nak masak..

Oh ya sejak ada adra ni, yg sedang melasak..biar je dia nak buat asalkan tak membahayakan dia dan org sekeliling..mcm ptg smlm dia sibuk nak sapu sampah, usung penyapu n penyodok dari dapur ke hall..dgr abg menjerit..haha..abg tu mcm mama, fussy jugak tu sepah2 xmo..tp kalo mood dia lain macam, dia buat xtahu je mainan yg dia sepahkan..

Ok, jom tgk juadah berbuka puasa day 1 kami..masak serba sikit je pon dah bawa ke sahur..hehe jimat betul..

Kailan Ikan Masin + Siakap Stim Limau (bhgn ekor je) + Telur dadar + Sambal Belacan
Kailan Ikan Masin
=============
Cincang 2 ulas bawang putih
Ikan kering (isi) potong dadu or nipis
Sayur Kailan
==> Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan isi ikan kering hgga garing. Masukkan sayur, garam sikit dan sedikit air. Siap

Siakap Stim Limau
==============
Bawang besar 1 labu dipotong bulat2
Serai 2 batang dihiris nipis serong2
Halia 2 inci dipotong lidi2
Bawang putih 2 ulas dipotong lidi2
Daun Limau purut 2 helai di hiris
Daun Sup sikit dipotong panjang
Daun bawang + daun sup utk tabur diatas (hiasan)
Jus limau nipis 2 biji
1 cawan air
Garam + perasa secukup rasa
==> Susunkan separuh bahan diatas dlm pemanggang ajaib / pengukus. Letak ikan dan separuh lagi bahan2 diatas. Masukkan jus limau nipis dan air 1 cawan. Masukkan garam dan perasa. Kukus hinggan ikan masak. Tabur daun bawang dan daun sup. Siap.
* kalau suka pedas, boleh ketuk cili api masukkan sekali, I buat xde cili sebab anak2 nak makan sama.

Telur Dadar
=========
 ==> tips nak dpt telur dadar garing, kacau telur dgn sedikit cuka..jgn lupa sedikit garam, Goreng telur dlm minyak agak byk ye.

Sambal Belacan
===========
4 biji cili merah dibuang biji
9 biji cili api
4 inci belacan
air asam jawa
garam + sedikit gula
1 ulas bawang merah
==> blend je semua.dapat la stok sambal belacan.senang.nak makan cedok je dari peti ais.

No comments:

Post a Comment