Ok..jom tgk menu berbuka day 6 ye.. Menu I sumenya simple2..sbb I masak yg selalu husband dan anak2 I suka makan la kan...
Ikan Siakap 3 Rasa, Sup Fishball & sayur lobak putih, Kerabu Bilis |
==============
Ikan siakap lumur garam, kunyit dan sedikit tepung jagung.
Sayur2 ikut suka la ye nk meriahkan dgn sayur ape.
Sos Tiram 3 sudu besar
Sos Tomato 5 sudu besar
Sos Thai 5 sudu besar
Garam dan perasa
Sedikit Air
Daun limau purut
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 2 ulas
Halia 2 inci
Bawang Besar
==> Goreng ikan sehingga garing, angkat dan toskan, ketepikan. Tumis bawang merah,putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan sos2 dan sedikit air. Masukkan sayur2 dan daun limau purut. Masukkan bawang besar, garam dan perasa. Siap.
Kerabu Bilis
=========
Bilis goreng mcm biasa
Bawang merah dimayang halus
Tomato dihiris nipis
Cili api dipotong nipis
Jus limau nipis 1 biji
Sos Ikan 1 sudu besar
==> Gaul semua..siap ;)
Ok..ini pula menu berbuka day 7.. I gunakan sambal tumis kosong yg dah buat sesiap sebelum puasa hari tu..so tak payah resepi la ye..cuma tambah garam sikit sebab air udang yang keluar tu dah tentu mengurangkan rasa asal sambal tumis tu kan..
Sambal Tumis Udang Petai, Sayur Campur dgn Tauhu Telur, Udang Goreng Kunyit Anak2, Terubuk Masin Kuching |
No comments:
Post a Comment