Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, 22 June 2015

Menu berbuka day 5

Assalamualaikum dan selamat pagi...wah awal I update blog hari  ni ye..sebab nya kejap lagi ade meeting..then tghri sepanjang Ramadhan ni I join tadarus al quran..so curi masa yg ade sikit ni la utk update blog...

Utk menu day 5, guna stok yg masih ade dlm fridge lagi.. Jom tgk & I akan share resepi yg sgt ringkas dan sedap.. Oh ya, day 4 kan berbuka puasa di Ayamas..so ade roasted chicken yg lebih tu, syg sgt nak buang..I cipta je la resepi sendiri..menjadi jugak..hehe

Lala Masak Halia, Pak Choy Oyster, Leftover Roasted Chicken Sesame Oil
Lala Masak Halia
=============
Sepeket lala RM10.00
Bawang putih 3 ulas*
Bawang merah 3 ulas*
Halia 2 inci*
Serai 2 batang
Sos Tiram 2 sudu besar
Sedikit Air
Garam dan perasa
==> Blend bahan *. Tumis bahan blend hingga naik wangi dan masukkan serai yg dipotong serong2.tumis hingga agak kering, masukkan sos tiram dan air (agak2 nak kuah byk mana ya). Masukkan garam dan perasakan. Masukkan lala, gaul rata dan biar sehingga masak.

Pak Choy Oyster
============
Sayur Pak Choy
Bawang putih 3 ulas chopped halus
Sos Tiram 3 sudu
Bawang goreng
Air
==> Tumis bawang putih hingga garing, masukkan sayur. masukkan sos tiram dan sedikit air. Masak sayur sehingga sedikit layu. Angkat dan tabur bawang goreng.

Ayam Masak Sesame Oil
==================
Ayam yg digoreng atau roasted
Bawang putih
Bawang merah
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan
tomato
bawang besar
==> Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan ayam. Masukkan kicap manis, sos tiram dan minyak bijan. masukkan tomato dan bawang besar.



No comments:

Post a Comment