Ok jom tgk menu berbuka day 8 dari I...
Ikan Kembung masak Taucu, Telur Bungkus dan Buncis Goreng dgn Udang kering |
Nasi Ayam Goreng dan Sawi Hongkong Oyster |
========
Ayam : direbus dgn air yg byk utk dptkan stok ayam (masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih diketuk, halia diketuk dan 1 kiub stok ayam maggie)
==> rebus hingga ayam masak, angkat dan toskan ayam. Ketepikan.
Asingkan 2 cawan air rebusan ayam tersebut utk masak nasi.
Perapkan ayam dengan kicap masin, sos tiram dan minyak bijan.
Goreng ayam sehingga garing.
Nasi : cuci beras, masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan air secukupnya. Masukkan 2 sudu besar planta, 3 ulas bawang putih yang diketuk, 2 inci halia yang diketuk, 1 kiub stok ayam maggie dan sedikit garam. Masak nasi dlm rice cooker.
Cili : 3 biji cili besar dibuang biji, 1 sudu besar cuka, 1 sudu besar gula, sedikit garam, air rebusan ayam sikit. Blend semua. Masak 5min dlm kuali.
Kicap : lebihan perapan ayam tadi dimasak dgn sedikit air rebusan ayam. (agak2 la pekat cair ye)
Sup : Air rebusan ayam tadi, masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap.
No comments:
Post a Comment