Thursday, 16 June 2016

Keindahan Ramadhan Mama of three kids

Baru ditiup semangat untuk update blog sebab kerja2 yg berat kepala semua dah diselesaikan..
Menjelang puasa kali ni risau juga di hati, boleh ke manage nak masak berbuka dengan karenah adra and ammar..maklum lah dedua kecik lagi yg suka kan perhatian mama..then mula lah I plan itu ini yang boleh minimize kan masa utk masak..

Alhamdulillah 11 hari dah kita berpuasa, sehari saje tak masak utk berbuka sbb ade jemputan client berbuka di hotel..

Tips nya mudah saja, kupas sesiap bawang merah,bawang putih n bawang besar. Potong sesiap sayur2. Bahan basah potong sesiap simpan ikut portion skali masak. Kuah kari, kuah lemak, kuah ayam merah masak sesiap then simpan sejuk beku ikut portion skali makan or 2x makan..
Lauk/bahan basah yang nak masak ptg tu, pg sebelum kuar keje, letak kat chiller utk proses defrost.

Then kebetulan tahun ni puasa adeeb balik sek boleh tumpang bestfren nye sampai ke daycare. I balik pukul 4ptg..daycare last kene amik 5.45ptg.. so 1st day adeeb school I try balik umah dulu masak then kuar amik diorg..alhamdulillah manageable..hehe

Jom layan menu berbuka I spjg 11 hari kita berpuasa..

Day 1 : sup ayam, ikan talang masin n pekasam,kobis cina goreng,sambal belacan,telur dadar n leftover lemak pucuk ubi sahur

Day 2: Kari ikan tenggiri, ayam masak halia, sawi goreng,sambal belacan, popia goreng

Day 3: Bawal sweetsour, brokoli bawang putih, udang kertas goreng

Day 4: Pakchoy oyster, sotong masak asam, sosej roll, cencaru bakar n air asam jiran bagi

Day 5: Daging goreng kunyit, kailan ikan masin n air asam tomato bawang

Day 6: berbuka puasa di Primier Hotel

Day 7: Siakap stim, kerabu bilis, sayur campur n sambal belacan thai

Day 8: Nasi tomato, ayam masak merah, acar timun

Day 9: Kari ikan kembung bendi, peria katak telur, sambal belacan thai, ketupat rendang beli di sogo

Day 10: Udang goreng kunyit, cencaru bakar, bayam masak air, sambal tomato bawang n sambal tempoyak bilis petai

Day 11: Masak lemak tempoyal ikan kembung timun asam, ikan kembung goreng, bendi goreng  belacan.

No comments:

Post a Comment