Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, 23 February 2015

Its your born day Adra Humaira


Sayangku Adra Humaira,
Saat mama confirm tahu mengandungkan syg, syukur tak terkira ke hadrat Illahi kerana mendengar doa mama dan papa. 4 tahun kami menantikan kehadiran si kecil..Alhamdulillah..Bulan pertama hingga ketiga..hanya alahan ringan yg mama rasa..syukur kandungan ke2 ini Allah mudahkan perjalanannya..mama boleh makan minum masak dan uruskan rumah seperti biasa !! amazing..semangat mama juga kuat tika syg dlm perut mama..tanpa keluhan..ulang alik ke Hospital Serdang bersama abg adeeb..abg juga kuat semangat demi adik dlm perut mama..nanges mama bila teringat sifat 'abg' yg sgt memahami mama..plg terharu di saat2 hujung kandungan..mama takkan lupa..abg adeeb setia menemani mama..jauh kene parking kete kt hospital..panas terik..jauh kene jln kaki..abg tak pernah mengeluh adik..dia penat, dia minta mama stop jln..bila check up mama kene tahan n baring sbb darah tgi..abg masih setia kt atas katil dgn mama..Syukur Ya Allah kurniakan mama anak2 yg memudahkan mama.. :")

Sayangku Adra Humaira,
Saat mama ingin melahirkan syg, hanya Allah yg mama harapkan..bantuan dari Allah..papa sentiasa disisi bersama mama..tak tinggal walau sesaat..alhamdulillah, dgn mudah mama keluarkan syg dr perut mama..tangisan syukur dan gembira..lega..hilang sakit bila nurse letak syg di dada mama..dgr tangisan syg, mama nangis gembira..ini pengalaman baru mama kerana lahirkan abg adeeb dulu mama terpaksa melalui kaedah pembedahan..

Sayangku Adra Humaira,
Saat mama ingin susukan syg untuk pertama kalinya, mama pitam !!!! semua doktor dan nurse huru hara jadi nya..papa diarahkan keluar dr labour room..mama habis tenaga syg..mama ingin tido..doktor menegah sekerasnya..mama jaga kembali, nurse suapkan makanan dan minuman..bermula la mlm pertama syg dgn mama..sepi tido syg setelah kenyangkan susu mama..alhamdulillah..tak terucap perasaan ketika itu..

Sayangku Adra Humaira,
Tahu tak papa yg terpaling gembira kerana dia mmg inginkan anak perempuan..dia pasang aircond hall rumah sewa kita utk syg..dia tak nak puteri nya kepanasan bila balik berpantang di rumah..papa hadiahkan mama hadiah yg special..papa sygkan kita..sygkan mama, abg dan adik tak terhingga..walau tak diucapkan tp tindak tanduk papa mmg jelas menunjukkan betapa tginya kasih syg dia pada kita..alhamdulillah..

Sayangku Adra Humaira,
Hari ini..genap setahun usiamu..doa mama..syg sentiasa diberi kesihatan yg baik, jadi anak solehah mendengar kata.. mama loves u sooooo much syg....